Edisi 7
Edisi 7

Edisi 7

Edisi 7 merupakan rancangan berbentuk berita dan informasi terkini dari dalam dan luar negara yang disiarkan di ntv7.[1] Turut dimuatkan adalah perkembangan ekonomi, sukan dan hiburan. Edisi 7 bersiaran setiap Sabtu hingga Khamis pada 1:00 tengah hari, tetapi juga disiarkan pada 7:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat sebelum waktu siarannya bertukar, berikutan perubahan rancangan di NTV7 pada 5 Mac 2018.Waktu siaran Edisi 7 kembali ke 8:00 malam pada 1 Jun 2018, yang mana sebelum ini ialah waktu siaran sebelum Januari 2007, di mana slot tersebut digunakan oleh 7 Edition. Sebelum ini, Edisi 7 disiarkan pada 5:00 petang yang hanya dapat bertahan selama hampir tiga bulan. Dengan perubahan ini, 7 Edition berpindah ke 11:00 malam. Tetapi, ada bantahan berlaku menyebabkan Edisi 7 tukar siaran pada 2:30 tengah hari pada setiap Sabtu hingga Khamis mulai 17 Jun 2018.Mulai 31 Disember 2018, Edisi 7 akan tukar bersiaran pada jam 7:30 malam pada Setiap Hari.

Edisi 7

Bahasa Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Fazilah Hani Harun
Mimi Azeera Abdullah
Mohd Redzuan Abdul Manap
Nor Aziran Yunus
Penerbit Haniza Hanifah
Mimi Azeera Abdullah
Muhammad Farhan Zainal
Nor Aziran Yunus
Nur Halifah Ghani
Format gambar SDTV
Pengacara Charles Mohan
Fazilah Hani Harun
Khairi Hazwan Muhammad Asri
Mimi Azeera Abdullah
Mohd Hamidy Mohd Saleh
Nadia Mohsin
Nur Halifah Ghani
Syafrie Izwan Wahab
Taha Rusydi Mohd Nazri
Zaiti Zubir
Tempoh siaran 30 minit (-30 Disember 2018)
25 minit (31 Disember 2018-kini)
Pencipta Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima
Format Berita
Saluran asal ntv7